Frequently asked questions
  Active members: 874
  Paid commission: 307,735.00
  Member Online: 0
  Visitor Online: 1

 
  Other news...

 

Q: Siapakah yang layak menyertai program ini?
A: Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun keatas layak menyertai pogram ini.

Q: Bagaimanakah cara menyertainya?
A: Anda perlu ditaja oleh upline anda dengan menerima link URL upline anda. Apabila anda klik di url tersebut anda akan dibawa ke laman pendaftaran dimana anda perlu memasukkan butir-butir peribadi serta maklumat perbankan anda dan juga produk atau pakej yang anda inginkan.Setelah anda membuat pembayaran, akaun anda akan diaktifkan dan produk yang telah anda pilih akan dihantar secara kurier kepada anda.

Q: Sekiranya tiada penaja, bolehkah saya menyertainya?
A: Ya, anda masih bolehmenyertai program ini tanpa penaja. Anda hanya perlu klik di butang pendaftaran atau join now untuk menyertainya. Selepas itu anda akan dibawa ke laman pendaftaran dan seterusnya isikan butiran peribadi serta produk yang anda inginkan. Pihak syarikat akan secara automatik menjadi penaja anda.

Q: Berapa lamakah akaun saya akan diaktifkan selepas pendaftaran?
A: Akaun anda akan diaktifkan di dalam tempoh 2 - 24 jam selepas pihak syarikat mengesahkan pembayaran yang telah anda buat. Anda disarankan agar membuat pembayaran secepat mungkin dan seterusnya mengesahkan pembayaran anda dengan memasukkan butiran pembayaran di bahagian "member" dan faks atau emailkan slip bukti pembayaran kepada pihak kami.

Q: Berapa lamakah tempoh sah akaun saya?
A: Akaun anda akan sah sehingga 60 hari dari tarikh pengesahan keahlian anda. Sekiranya tiada sebarang pembelian di dalam tempoh tersebut, anda akan dianggap sebagai ejen yang tidak aktif dan email peringatan akan dihantar kepada anda. Sekiranya tiada sebarang pembelian di dalam tempoh 2 minggu dari tarikh peringatan tersebut, akaun anda akan ditamatkan. Ini bermakna and perlu membuat satu pembelian yang sah untuk setiap 60 hari bagi mengekalkan keahlian anda.

Q: Pertanyaan Lain
A: Sekiranya anda masih memerlukan penjelasan terperinci, sila hubungi kami di talian 03-60579080.